Wednesday, August 19, 2009

Siapa Peralat Siapa ni......

Sumber: Laman Web Pemuda UMNO

Golongan Muda Jangan Biarkan Diri Terus Diperalat Agenda Sempit Pihak Tertentu

Oleh S.A Najmuddin

Bukit Mertajam -- Golongan muda tidak seharusnya membiarkan diri mereka terus diperalatkan untuk kepentingan pihak tertentu kerana ia hanya akan merugikan diri mereka sendiri.

Sebaliknya Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim berkata golongan muda sepatutnya menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menentukan apa yang terbaik buat mereka pada masa akan datang.

Tegasnya golongan muda yang membentuk hampir 50 peratus kuasa memilih dalam pilihanraya mesti bijak membuat penilaian pihak yang boleh menjamin dalam membela nasib mereka pada masa hadapan.

Ini bukan soal sentimen emosi tetapi pertimbangan mesti dibuat menerusi penilaian jujur dan ikhlas, pihak mana yang sentiasa mengambil berat dan membela nasib mereka.

Selanjutnya....

Catitan:

Selama 52 tahun, UMNO/BN telah gagal membela nasib rakyat 1Malaysia terutama bangsanya.
Apa yang mereka dapat lahirkan adalah golongan bermuka-muka, penipu, perasuah ....habis gunung ganang mereka korbankan untuk kayakan tokey-tokey judi, habis khazana negera punah mereka kendurikan sesama mereka.

Untuk rakyat 1Malaysia apa yang ada ....tinggal gigi dengan lidah saja.

Jalan penyelesaiannya apa?!.........."bila ada pilihanraya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi UMNO." ..... A.Samad Ismail

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template