Sumber Laman Web Pemuda UMNO
betul ke dari Isuhot.com
Apa Hal Gobalakrisnan Macam Orang Hilang Akal?
Penamaan calon bagi PRK Permatang Pasir pada asal nya telah berjalan dengan amat lancar. Malah tiada satu perkara pun yang kita kira boleh mencacatkan keadaan tersebut.
Penyokong Pas dan penyokong UMNO bergerak dan mengiring calon mereka dengan cukup tertib!
Tetapi malang, segalanya berubah di saat-saat akhir acara penamaan calon tersebut bila secara tiba-tiba Gobalakrisnan muncul dengan pembesar suara dan mula menjerit-jerit macam orang kurang akal sambil disambut oleh sebahagian penyokong Pas!!
Pihak polis bertindak cepat untuk meredakan keadaan tersebut kerana dikhuatiri akan berlaku provokasi terhadap penyokong Barisan Nasional.
Malangnya selepas beberapa kali dinasihatkan oleh polis, Gobala terus berdegil sehingga mamaksa polis bertindak untuk menahannya. Semasa ditahan Gobala bertindak dengan lebih ganas termasuk dengan menampar seorang anggota polis!!!!
Kita cuma terfikir, apa perlu Gopala bertindak begitu?? Mengapa dia perlu membuat provokasi sedangkan keadaan ketika itu adalah aman?? Apakah dia ada agenda tersembunyi untuk menimbulkan kacau bilau??
Apa perlu dia melawan polis dan bertindak dengan lebih ganas bila ditahan termasuk menampar polis?? Apakah itu juga provokasi untuk menaik kan kemarahan penyokong-penyokong Pas sehingga mencetus kan ketegangan???
Mungkin semua itu telah dirancang dari awal...!! dan kita harap pihak polis akan menyiasat apakah motif sebenar Gobala membuat provokasi sedemikian rupa! Dan orang seperti ini sepatutnya dikenakan tindakan yang tegas!
Sesungguhnya apa yang telah dilakukan oleh Gopala itu bisa menjadi api yang mampu membakar keamanan yang sedang kita kecapi sekarang!
Tolong jangan bermain api wahai Gopala!!!
Catitan:
Betul ke N.Gobalakrisnan tampar POLIS?....nampaknya laman web pemuda UMNO ni hilang akal agaknya......
Polis UMNO, UMNO Polis sama tak......mereka ni berkerja untuk tuan-tuan mereka atau untuk rakyat?
Tepok dada tanya selera.....PRK N11 undilah siapa saja asal jangan undi UMNO.
Artikel Februari 2022
2 years ago
0 comments:
Post a Comment