Walaupun kini semakin menghampiri sambutan hari kemerdekaan, namum adakah kemerdekaan kali ini akan disambut dengan semangat 1Malaysia?
Najib yang melaungkan slogan 1Malaysia selepas memerintah dengan hasrat Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara yang harmoni, tapi nampaknya pemimpin di sekitarnya tidak sehaluan dengan beliau, mereka mula menyerang PAS dengan mengatakan PAS sanggup bekerjasama dengan DAP yang anti-Islam supaya dapat menarik balik sokongan Melayu terhadap PAS.
UMNO kini sudah tidak mempedulikan perasaan parti komponennya dengan memainkan sentimen perkuaman seperti mengatakan orang Melayu jangan khianat kepada bangsa sendiri, begitu juga dengan langkah UTUSAN yang memainkan peranan yang sama iaitu mempermainkan isu perkauman.
Hal ini telah memberikan gambaran yang jelas dimana kumpulan konservatif dalam UMNO menjadi semakin mendapat sambutan dan parti komponen dalam Barisan Nasional pula tidak dapat buat apa-apa tentang senario tersebut.
Editor Siasah, Zulkifli Sulong turut berpendapat tindakan UMNO kali ini adalah untuk memancing undi Melayu sahaja tanpa menghiraukan perasaan MCA, MIC dan Gerakan.
"Saya hendak bertanya, kenapa MCA, MIC dan Gerakan masih bersama UMNO walaupun nampaknya UMNO tidak lagi menghormati anda" kata Zulkifli.
Baca seterusnya UMNO Kini Hanya Mementingkan Undi Orang Melayu Sahaja

0 comments:
Post a Comment