Wednesday, August 19, 2009

Whose dick is MACC sucking?-Part 2

Sumber: Pahang Daily

Kontroversi: Apa Sudah Jadi, Biar Pun Kes Sudah Ditutup Tetapi Tiba-Tiba SPRM Membuka Semula Fail Bekas TKM Pulau Pinang Fairus Khairuddin!

Kerajaan negeri mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang meminta dokumen berkaitan kes siasatan bekas Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin (foto), walaupun kes itu sudah ditutup. Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata tindakan SPRM itu menunjukkan seolah-olah kertas siasatan ke atas Mohammad Fairus akan dibuka semula.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata pihaknya kurang senang dengan tindakan SPRM itu kerana seolah-olah mensasarkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan DAP. "Saya tidak faham motif SPRM membuka semula kes ini dengan meminta maklumat seperti minit mesyuarat Exco dan Jawatankuasa Tanah sedangkan mereka sendiri mengesahkan bahawa ia sudah ditutup," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, hari ini. Sebelum ini, SPRM memutuskan tiada asas untuk mendakwa bekas Timbalan Ketua Menteri I itu atas tuduhan rasuah dengan syarikat kuari. SPRM membuat keputusan itu berdasarkan siasatan yang menunjukkan tugas dan tanggungjawab Mohammad Fairus ketika menjawat jawatan itu tiada kaitan secara langsung dengan perusahaan kuari di Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, tindakan SPRM itu hanya membuang masa dan tenaga sedangkan pada hakikatnya kes itu sudah ditutup dan Mohammad Fairus sudah dibebaskan daripada pertuduhan itu. Walaubagaimanapun, Guan Eng berkata, kerajaan negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya termasuk memberikan dokumen berkaitan seperti diminta SPRM.

Persoalannya..Whose dick is MACC sucking?

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template