Friday, August 14, 2009

Petikan Dari Nukilan 'Pendikar Gunung' - Orang PP pasti bersetuju dan kenal orang-orang ini!!

Mereka Bukan Bapa Perompak, Datuk, Tapi Kepala Bapa Perompak!!

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim (foto) menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh PR sebagai "bapa perompak" kerana menerima baki bayaran premium hasil penjualan tanah Kg Buah Pala (seperti yang termaktub dalam undang-undang tanah).

Jika mereka menuduh kita perompak, merekalah bapa perompak".

Apa yang Azhar katakan itu memang benar: Jika bukan bapa perompak,
apa ke jadah namanya jika sudah lebih setengah abad kerja mereka hanya membahagikan kontrak sesama kroni macam negara ini mak bapa mereka punya?

Jika bukan bapa perompak, apa ke jadah namanya jika projek yang cuma bernilai RM100 juta ditawar kepada kroni RM140 juta dan projek RM500 juta ditawar kepada kroni RM650 juta?

Jika bukan bapa perompak, apa ke jadah namanya jika beli kapal selam dan ambil komisyen RM530 juta?

Jika bukan bapa perompak apa ke jadah namanya hingga negara seperti hampir muflis dengan hutang negara bertambah saban tahun hingga menjadi RM303 bilion pada akhir tahun 2008?

Jika bukan bapa perompak, apa yang patut digelar kerajaan BN yang memerintah 1Malaysia ini, wahai Datuk Azhar? Jika bukan bapa perompak, adakah Kerajaan BN itu patut digelar KEPALA BAPA PEROMPAK?

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template